Followers

About Me

My photo
Subang, Shah Alam, Malaysia

Karangan : Kepentingan Modal Insan dan Langkah-Langkah untuk Melahirkannya

  Modal Insan merujuk kepada individu yang  mempunyai sahsiah yang terpuji, berintegriti dan mempunyai   wawasan dan perancangan yang rapi.Terdapat beberapa kepentingan modal insan dan langkah-langkah untuk melahirkannya.  

     Kepentingan yang pertama adalah untuk menjadikan Malaysia sebagai negara yang mampu berdaya saing dengan negara-negara membangun yang lain. Hal ini berlaku kerana modal insan kelas pertama merupakan golongan tenaga muda yang mempunyai potensi yang tinggi untuk  memajukan segala sektor di Malaysia. Golongan ini juga dianggap sebagai benteng harapan untuk maju ke hadapan dan sebagai sumber penting bagi membentuk kemajuan negara.  

     Kedua, modal insan kelas pertama  penting untuk menjana kemajuan negara dalam semua bidang agar mampu melakukan perubahan dari pelbagai aspek penting. Hal ini terbukti apabila golongan minda kelas pertama ini telah mencuba untuk melakukan tranformasi terhadap gaya hidup, adat resam, perkembangan ilmu pengetahuan terhadap masyarakat Malaysia. Tranformasi yang dilakukan adalah bertujuan untuk meningkatkan taraf  hidup rakyat Malaysia pada hari ini.

     Strategi untuk melahirkan modal insan kelas pertama adalah melalui pendedahan meluas terhadap penguasaan ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang. Hal ini menunjukkan bahawa golongan ini perlu menyediakan diri dengan kemahiran dalam pelbagai bidang untuk melahirkan golongan modan insan kelas pertama. Perkembangan era globalisasi merupakan satu cabaran dalam menghasilkan modal insan kelas pertama yang berpengetahuan,berinovasi serta berkualiti tinggi.  

     Seterusnya,melalui pengenalan Dasar 1 Murid 1 Sukan juga dapat melahirkan modal insan yang memiliki keseimbangan akademik dan fizikal. Hala tuju dasar pendidikan negara kita amat jelas dalam melahirkan modal insan berminda kelas pertama. Bukan sahaja melalui pencapaian akademik malah melalui pencapaian dalam bidang sukan. Oleh itu, Dasar 1 Murid 1 Sukan secara tidak langsung dapat melahirkan modal insan yang seimbang dari segi jasmani,emosi,rohani dan intelek.

     Selain itu,Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) juga dapat menghasilkan modal insan yang menjadi tunggak utama kepada pembangunan negara pada masa akan datang. Melalui program ini, remaja dapat dibentuk menjadi insan yang bertanggungjawab dan berusaha bersungguh-sungguh demi mencapai kejayaan. Mereka juga telah diletakkan sebagai generasi pelapis yang mampu mewarisi tampuk pemerintahan negara pada masa hadapan.  

     Kesimpulannya, modal insan amat penting bagi menjadikan Malaysia sebuah negara maju yang beridentitikan diri sendiri dan menjadi contoh bagi negara-negara di seluruh pelosok dunia. Oleh itu, semua pihak perlu bekerjasama bagi  melahirkan modal insan kelas pertama dalam kalangan masyarakat.


No comments:

Post a Comment