Followers

About Me

My photo
Subang, Shah Alam, Malaysia

Adzlily Zuhaira - Hukum Berfesyen ketika Bertudung


[Sumber dari - ZUNAIDAH ZAINON]




GELOMBANG fesyen yang sentiasa bergerak pantas turut memberi impak 
kepada gaya berpakaian wanita bertudung hingga pada suatu peringkat ia 
dilihat bertentangan dengan hukum syariat. Peralihan daripada pakaian 
tradisi seperti baju kurung dan kebaya kepada pilihan yang lebih moden 
dan bergaya semakin menghakis ciri-ciri menutup aurat seperti mana
 yang digariskan dalam Islam.

  

  Perspektif Islam memandang bergaya mengikut trend semasa bukanlah 
satu perkara yang melanggar undang-undang syariat. Asalkan ia 
menepati garis panduan yang telah ditetapkan agama.
  

  Ini dijelaskan menerusi firman Allah s.w.t.,

  Katakanlah kepada wanita-wanita beriman, hendaklah mereka
 menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya, dan
 janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang biasa 
nampak daripadanya.
  

  Dan hendaklah mereka menutup kain tudungnya hingga ke dadanya dan
janganlah menampakkan perhiasannya. (an-Nur: 31)

  
  Menurut Pensyarah di Jabatan Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti 
Penganjian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr. Fariza Md. Sham, 
Islam tidak pernah melarang umatnya bergaya dan mengikuti 
aliran fesyen selagi ia bertepatan dengan hukum agama.

  

Pakaian pula hendaklah daripada jenis kain yang tebal, tidak 

nipis dan jarang supaya tidak menampakkan susuk tubuh.

Islam amat mementingkan penampilan yang bersih dan kemas. 
Jangan terlalu selekeh dan menyukarkan pergerakan, contohnya, 
baju dan tudung yang terlalu besar. Kita boleh pakai jean, kemeja T
atau blaus tetapi memenuhi ketiga-tiga syarat di atas,
Katanya, al-Quran tidak menetapkan pakaian
tertentu asalkan tidak melanggar hukum agama.


membicarakan tentang menutup aurat, ia bukan sahaja
berkait dengan wanita. Lelaki juga harus mengambil
berat mengenai perkara ini. Walaupun aurat lelaki dari 
pusat hingga ke lutut, ia tidak bermakna lelaki muslim boleh

berpakaian sesuka hati seperti berseluar pendek dan tidak berbaju. 
harus berpakaian sopan agar menepati budaya orang Islam.

  Dalam hal menutup aurat, suami tidak boleh membuat permintaan
agar isterinya bertudung litup sewaktu bersama-sama dengan
bapa kandung dan adik-beradik lelaki kandung kerana ia melampaui
batas agama. Ini menunjukkan bahawa suami tidak memahami 
hukum-hukum Islam dan melanggar prinsip kerana Islam bukanlah
agama yang keterlaluan dan memaksa.



Beliau tidak bersetuju dengan pandangan yang menyatakan bertudung 
mengehadkan kepelbagaian berfesyen sedangkan ia bergantung
 kepada penampilan individu. Ada juga orang muda yang cara
 berpakaian mereka menyebabkan mereka nampak lebih tua. 

   
  Sebaik-baik fesyen ia perlu bergerak ke arah kesempurnaan syariat. 

6 comments: