Followers

About Me

My photo
Subang, Shah Alam, Malaysia

Adzlily Zuhaira - Hukum Berfesyen ketika Bertudung


[Sumber dari - ZUNAIDAH ZAINON]




GELOMBANG fesyen yang sentiasa bergerak pantas turut memberi impak 
kepada gaya berpakaian wanita bertudung hingga pada suatu peringkat ia 
dilihat bertentangan dengan hukum syariat. Peralihan daripada pakaian 
tradisi seperti baju kurung dan kebaya kepada pilihan yang lebih moden 
dan bergaya semakin menghakis ciri-ciri menutup aurat seperti mana
 yang digariskan dalam Islam.

  

  Perspektif Islam memandang bergaya mengikut trend semasa bukanlah 
satu perkara yang melanggar undang-undang syariat. Asalkan ia 
menepati garis panduan yang telah ditetapkan agama.
  

  Ini dijelaskan menerusi firman Allah s.w.t.,

  Katakanlah kepada wanita-wanita beriman, hendaklah mereka
 menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya, dan
 janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang biasa 
nampak daripadanya.
  

  Dan hendaklah mereka menutup kain tudungnya hingga ke dadanya dan
janganlah menampakkan perhiasannya. (an-Nur: 31)

  
  Menurut Pensyarah di Jabatan Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti 
Penganjian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr. Fariza Md. Sham, 
Islam tidak pernah melarang umatnya bergaya dan mengikuti 
aliran fesyen selagi ia bertepatan dengan hukum agama.

  

Pakaian pula hendaklah daripada jenis kain yang tebal, tidak 

nipis dan jarang supaya tidak menampakkan susuk tubuh.

Islam amat mementingkan penampilan yang bersih dan kemas. 
Jangan terlalu selekeh dan menyukarkan pergerakan, contohnya, 
baju dan tudung yang terlalu besar. Kita boleh pakai jean, kemeja T
atau blaus tetapi memenuhi ketiga-tiga syarat di atas,
Katanya, al-Quran tidak menetapkan pakaian
tertentu asalkan tidak melanggar hukum agama.


membicarakan tentang menutup aurat, ia bukan sahaja
berkait dengan wanita. Lelaki juga harus mengambil
berat mengenai perkara ini. Walaupun aurat lelaki dari 
pusat hingga ke lutut, ia tidak bermakna lelaki muslim boleh

berpakaian sesuka hati seperti berseluar pendek dan tidak berbaju. 
harus berpakaian sopan agar menepati budaya orang Islam.

  Dalam hal menutup aurat, suami tidak boleh membuat permintaan
agar isterinya bertudung litup sewaktu bersama-sama dengan
bapa kandung dan adik-beradik lelaki kandung kerana ia melampaui
batas agama. Ini menunjukkan bahawa suami tidak memahami 
hukum-hukum Islam dan melanggar prinsip kerana Islam bukanlah
agama yang keterlaluan dan memaksa.



Beliau tidak bersetuju dengan pandangan yang menyatakan bertudung 
mengehadkan kepelbagaian berfesyen sedangkan ia bergantung
 kepada penampilan individu. Ada juga orang muda yang cara
 berpakaian mereka menyebabkan mereka nampak lebih tua. 

   
  Sebaik-baik fesyen ia perlu bergerak ke arah kesempurnaan syariat. 

Adzlily Zuhaira - Tanda-tanda Suami dan Isteri yang Nusyuz

[By Azlina]


Perkara ini boleh menimbulkan perbalahan dan pergaduhan lebih besar sehingga sesetengahnya berakhir dengan perceraian.
Pe
Dalam hal ini, terkadang isteri bersikap agresif sehingga meninggi suara, membantah dan melawan kehendak suaminya tanpa sebab munasabah mengikut hukum syarak.
Perkara ini disebut sebagai nusyuz yang juga boleh dikategorikan sebagai derhaka.
Apabila ia berlaku, gugurlah hak isteri untuk mendapatkan nafkah sehinggalah dia bertaubat.
Bagaimanapun, hukuman nusyuz tidaklah sewenang-wenangnya terletak pada suami tetapi ia hendaklah dirujuk ke mahkamah supaya pihak wanita mendapat pembelaan dan tidak teraniaya.
Dalam pada itu, apabila menyebut nusyuz, ia kerap diletakkan kepada wanita semata-mata. Sebenarnya, nusyuz dibahagikan kepada dua iaitu nusyuz isteri dan nusyuz suami.
Di antara sebab berlakunya nusyuz pada pihak isteri ialah:
    Apabila disuruh menutup aurat dia enggan berbuat demikian.
    Enggan tinggal serumah dengan suami.
    Keluar rumah tanpa keizinan suami.
    Enggan menunaikan kewajipan sebagai seorang Islam, seperti mendirikan solat dan sebagainya.
    Menjauhkan diri daripada suami.
    Enggan memenuhi kemahuan suami kecuali yang ditegah dan tidak mencurahkan sepenuh kasih sayang kepada suami.
    Tidak memelihara kehormatan.
    Tidak menjaga amanah suami.
    Tidak merahsiakan perhubungan suami isteri.
Di antara sebab berlakunya nusyuz di pihak suami pula ialah:
    Mengabaikan tanggungjawab dalam pemberian nafkah.
    Mengabaikan penyediaan tempat tinggal yang sesuai.
    Tidak memberikan perlindungan yang sewajarnya terhadap rumah tangga, isteri dan anak-anak.
    Tidak memberikan nafkah kepada anak.
    Tidak bertanggungjawab terhadap kesihatan isteri dan anak-anak.
    Tidak memberi sepenuh kasih sayang terhadap anak dan isteri.
    Melupakan tanggungjawab sebagai pemimpin kepada isteri bagi mendapatkan keredaan Allah.
    Mengabaikan pelajaran dan didikan akhlak anak selaras dengan kehendak Islam.
    Tidak memelihara kehormatan isteri.
    Tidak memberi nafkah batin kepada isteri.
    Apabila suami berkahwin lebih dari satu ia tidak berlaku adil.
Setiap yang akan berlaku pasti ada tanda-tandanya, begitu juga dengan nusyuz di mana ada tiga tahap.
Tahap pertama (amara’), contohnya jika dulu isteri menjawab dengan suara yang lembut, “Yang, “Ya bang” kini jawapan itu berubah kasar. Jika dulu isteri menyambut kepulangan suami di muka pintu atau segera dibukakan pintu pagar tapi kini tidak lagi.
Pada tahap kedua (shiqa’) pula, situasi berlaku apabila suami atau isteri diibaratkan seperti anjing dan kucing.
Mereka sering kali bergaduh dan tidak boleh bertentang mata, manakala tingkah laku juga bertukar menjadi kasar, contohnya menghempas pintu atau apabila dipanggil tidak menjawab.
Apabila berada pada tahap ini tindakan yang bijak haruslah diambil jika tidak ia amat berbahaya. Ibarat api dalam sekam.
Pada tahap ketiga (dara’) pula amat serius kerana membabitkan keganasan.
Dalam keadaan berkenaan, tindakan undang-undang boleh diambil mengikut Kanun Keseksaan

Adzlily Zuhaira - Tanda Kiamat

Kepada semua umat islam
- Kemunculan Imam Mahdi
- Kemunculan Dajjal
- Keturunan Hazrat Isa (AS)
- Kemunculan Yajooj n Majooj
... ... - Terbitnya matahari dari Barat ke Timur
- Pintu pengampunan akan ditutup
- Dab'bat al-Ard akan keluar dari tanah & akan menandai muslim yang sebenar2nya
- Kabut selama 40 Hari akan mematikan semua orang beriman sejati shg mereka tidak perlu mengalami tanda2 kiamat lainnya
- Sebuah kebakaran besar akan menyebabkan kerusakan,
- Pemusnahan Kabah,
- Tulisan dalam Al-Quran akan lenyap,
- Sangkakala akan ditiup pertama kalinya binatang2 & org2 kafir yang tersisa akan mati, semua gunung & bangunan akan runtuh
- Tiupan sangkakala yang kedua kalinya akan membangkitkan semua ciptaan Allah & bertemu di dataran Arafah menuju saat penghakiman mereka.. Dan Matahari akan mendekatkan dirinya ke bumi

Nabi MUHAMMAD SAW telah bersabda:
"Barang siapa yg mengingatkan ini kepada orang lain, akan
Ku buatkan tempat di syurga baginya pada hari penghakiman kelak"

Adzlily Zuhaira - 3 Jenis Perempuan

Bunyi macam pelik right ?
haha.. jom baca ni ..


Perempuan tak semuanya sama.
means perangai mereka ..
Kali ni respon mereka terhadap lelaki yang cuba nak "mengorat".


1 - Ada suka bila lelaki tegur dia orang.. Terasa "HOT" Lagi - lagi lelaki tu mmg dia orang minat.. haha.. hati akan kata "wahh...bestnya... dia tegur aku ! hehe " senyum sampai esok,. then cerita pada kawan-kawan dia orang. hee..setuju ??


2 -  Ada yang rimas bila di ganggu . Lagi-lagi lelaki yang dia orang tak minat .. hati akan kata "mamat ni apahal.sibuk jer ! arghh !! menyampahlah .. bila online jer muka dia ! tak ada orang lain ke !? " 


3 - Yang ni sempoi tapi bahaya jugak, sama ada lelaki tu dia orang minat ke tak.. dia orang layan jer.. Pukul rata.. haha... dalam hati kata " Kawan je pun . bukan couple pun.. Kawan biar seribu,Musuh jangan satu "


SOoo.. apa yang kau orang baca tu rasanya memang betul kan ?? hehe,, 
Hati-hati ketika menyapa girl tu.. kot lah dia orang punya perangai macam numbur 2 .. tak nyaya kau orang.. haha ... 

Adzlily Zuhaira - Petua Menjaga Wajah

Menghapuskan Jerawat
Untuk membersihkan muka dan menghapuskan jerawat, sila amalkan salah satu petua ini:-

1.        Bersihkan muka. Kemudian cuci dengan air kelapa tua. Biarkan ia kering sendiri. Kemudian bilas dengan air bersih. Amalkan tiga kali seminggu.
2.       Setelah muka dibersihkan, tutup muka dengan kain tuala yang lembab. Dekatkan muka ke wap nasi atau air panas selama lima minit. Ulangi beberapa minit. Kemudian pakai penyegar muka.
3.       Sejukkan sedikit kanji nasi. Sapukan pada jerawat dan biarkan ia kering di muka. Kemudian cuci dengan air suam. Amalkan setiap hari hingga jerawat berkurangan.
4.      Jika jerawat masih sukar hilang, rebus beberapa helai daun teh warna hijau. Ketika suam, lekatkan pada jerawat dan biarkan sehingga ianya kering.
5.       Tumbuk segenggam bunga melur bersama sedikit air hingga lumat. Sapukan ke muka dan biarkan kering. Kemudian cuci dengan air kelapa muda.
6.      Basuh muka dengan air basuhan beras. Setelah kering, cuci dengan air bersih. Amalkan selalu.
7.       Rendam segenggam beras hingga kembang. Toskan airnya. Tumbuk beras ini bersama segenggam biji betik muda hingga lumat. Campurkan dengan sedikit air. Gentelkan kecil-kecil dan jemur hingga kering. Apabila hendak memakainya, bancuh dengan air dan tempelkan di muka.
8.       Hancurkan beberapa helai daun pucuk jambu batu. Campurkan dengan besak sejuk. Tempelkan di muka sebelum tidur. Amalkan setiap hari.
Menghilangkan Bintik Hitam
1.        Rendamkan sehelai tisu ke dalam dua biji putih telur. Tampalkan tisu tersebut pada tempat yang ditumbuhi bintik-bintik hitam. Setelah kering, tanggalkan. Basuh muka dengan air bersih dan pencuci muka. Lakukan dua kali seminggu.
2.       Lumatkan sehelai daun nangka yang agak tua dengan sedikit air. Sapukan pada muka yang telah dibersihkan. Setelah kering, bersihkan muka dengan menggunakan air suam.
3.       Campurkan beras pulut dengan kulit kayu manis. Kemudian goreng tanpa minyak hingga kekuningan. Kisar dan gosokkan pada muka dua kali seminggu.
Tegangkan Kulit Muka
1.        Tumbuk beberapa helai daun jambu batu hingga lumat. Bancuh dengan air suam. Apabila sejuk, sapu pada muka. Lakukan setiap malam.
2.       Campurkan sedikit bedak sejuk dan beberapa titik air limau nipis. Bancuhkan bersama sedikit air kemudian sapukan ke muka. Kulit akan terasa pedih sedikit. Amalkan dalam masa seminggu untuk melihat perubahannya.
Menghilangkan Parut di Muka
Jerawat yang sudah kering akan meninggalkan parut di muka. Ada beberapa cara unuk menghilangkannya.

1.        Tumbuk beberapa batang kulit kayu manis dan jadikan serbuk. Campurkan dengan sedikit air.
2.       Asah kulit kayu manis dan campurkan dengan madu lebah. Tempelkan pada muka yang berparut setiap malam. Keesokkannya, cucilah menggunakan air suam.
3.       Kisar timun dan tapiskan airnya. Tampalkan hampas timun pada muka. Biarkan setengah jam. Kemudian cuci bersih dengan air suam.
4.      Rendam beberapahelai daun senduduk, sedikit cekur dan segenggam beras. Kemudian giling hingga lumat. Sapukan pada parut muka dua kali seminggu.
5.       Tumbuk sepuluh helai daun sirih muda. Tempelkan pada muka terutama pada bekas jerawat. Setelah kering, cuci muka dengan air bersih. Amalkan tiga kali seminggu.
Kulit Muka Lembut dan Cerah
1.        Parutkan seketul ubi kayu dan tempelkan pada muka. Biarkan hingga kering. Selepas itu cuci muka dengan air suam. Amalkan pada setiap malam.
2.       Campurkan parutan lobak merah, kuning telur, sedikit air limau nipis hingga sebati. Sapukan pada muka dan bairkan kering. Cuci dengan air bersih tanpa sebarang pembersih muka.
3.       Sapukan muka dengan putih telur dan biarkan selama 30 minit. Setelah itu, cuci dengan air biasa. Lakukan tiga kali seminggu.
4.      Kisar kulit telur hingga halus. Campurkan dengan air suam dan bedak sejuk. Sapukan campuran tadi pada muka. Urutkan kulit muka perlahan-lahan. Biarkan hingga bedak kering. Kemudian basuh dengan air suam.
5.       Parut sebiji kentang. Perah airnya. Sapukan pada muka. Apabila separuh kering, cuci muka dengan air.
6.      Kisar lima kuntum bunga cempaka dan lima kuntum bunga melur hingga halus. Campurkan dengan bedak sejuk. Sapukan pada muka pada setiap malam.
7.       Campurkan tepung sagu dengan air. Sapukan pada muka seperti memakai bedak sejuk. Lakukan setiap hari.
Hilangkan Parut Demam Campak
1.       Demam campak biasanya meninggalkan tanda hitam. Untuk menghilangkannya, cubalah petua ini :-
o        Gilingkan beberapa helai daun semambu hingga lumat.
o        Sapukan di tempat berparut dan biarkan kering. Ulangi selama tiga hari.
2.       Daun semambu juga boleh direbus untuk diminum airnya. Tujuannya untuk menghilangkan rasa gatal pada bekas demam campak.
3.       Parut sebiji jagung muda hingga lumat. Sapukan pada bekas demam campak. Lakukan selama beberapa hari.
Melicinkan Kulit Muka
Jika anda memiliki wajah yang kasar, jangan cepat putus asa. Cubalah petua ini:-

1.        Campurkan sedikit tepung pulut dengan sedikit air. Sapukan pada muka sebelum tidur. Keesokkannya cuci muka dengan air suam. Amalkan seminggu sekali.
2.       Campurkan satu sudu besar madu lebah dengan satu sudu besar susu tepung. Sapukan pada seluruh muka dan biarkan sebentar. Kemudian basuh muka dengan air suam. Amalkan dua kali seminggu.
3.       Campurkan bedak sejuk, asam jawa, serbuk kunyit serta sedikit air. Sapu dan gosok perlahan-lahan pada muka selama beberapa minit sebelum mandi. Kemudian cuci dengan air suam. Lakukan setiap hari.
4.      Giling tiga sudu besar kacang hijau. Campurkan dengan sedikit air. Sapukan pada muka dan bairkan kering. Cuci dengan bersih.
5.       Gosokkan serbuk teh yang telah digunakan ke muka. Biarkan selama 3 minit sebelum dicuci dengan air suam.
6.      Kisar dua biji buah tomato, gula dan air. Tapiskan dan minum air setiap pagi. Lakukan selalu sehingga kulit muka kelihatan licin.
7.       Setiap kali mandi, gosokkan tawas pada muka. Lakukan setiap pagi atau malam. Muka anda akan menjadi halus.
Mengekalkan Seri Wajah
Wajah pengantin menjadi tumpuan ramai pada hari pernikahannya. Untuk menyerikan lagi, cubalah petua ini :-

  • Goreng secawan beras tanpa minyak sehingga kekuningan. Kisar sehingga lumat.
  • Campurkan dengan sedikit putih telur, air limau nipis dan satu sudu teh air kunyit.
  • Tempekkan pada muka kecuali bahagian mata. Insya-Allah, wajah akan berseri pada hari persandingan.
Menghilangkan Panau di Muka
1.        Gosokkan halia pada kulit yang berpanau. Biarkan seketika, kemudian bilas dengan air biasa. Lakukan 3 kali sehari.
2.       Tumbuk dua helai daun gelenggang hingga hancur. Sapukan pada kulit yang berpanau.
Alat Solek Tidak Sesuai
  • Basuh muka dengan air kelapa setiap hari sehingga bengkak-bengkak atau gatal sembuh.
  • Jika masih belum menunjukkan tanda-tanda yang tidak baik, segeralah mendapatkan rawatan dari pakar kecantikan.
Kulit Muka Berminyak
Parut buah epal hingga halus. Kemudian sapukan pada muka, bairkan selama 15 minit. Kemudian cucilah dengan air suam. Lakukan 3 kali seminggu.

Melembabkan Muka
Bersihkan muka dengan air suam. Panaskan madu hingga menjadi suam-suam kuku. Sapukan madu ini pada muka dan urutkan perlahan-lahan. Biarkan setengah jam dan bersihkan.