Followers

About Me

My photo
Subang, Shah Alam, Malaysia

Adzlily Zuhaira - HADITH TENTANG KELEBIHAN RAMADAN


Hazrat Salman r.a. berkata bahawa Rasulullah Sollallahu A’laihi Wasalam telah bersabda kepada kami pada hari terakhir bulan Sya’aban :
“Wahai manusia! Telah datang kepada kamu satu bulan yang agung lagi diberkati. Satu bulan yang di dalam bulan itu satu malam (Lailatulqadar) yang lebih baik dari seribu bulan. Satu Bulan yang Allah Subhanahu Wa Taa’la telah menjadikan puasa pada siang hari sebagai satu amalan fardu dan berdiri pada malam hari (berterawih) sebagai satu amalan sunat.
Sesiapa yang cuba menghampiri Allah pada bulan itu dengan  amalan-amalan sunat seumpama seorang yang telah menunaikan satu fardu pada bulan-bulan yang lain dan sesiapa yang menunaikan satu fardu pada bulan itu seumpama seseorang yang menunaikan 70 fardu pada bulan-bulan lain.
Bulan itu adalah bulan kesabaran dan ganjaran kesabaran adalah syurga. Bulan itu adalah bulan simpati, bulan yang ditambah rezeki kepada orang-orang yang beriman. Sesiapa yang memberi seseorang yang berpuasa untuk berbuka, maka pemberiannya itu merupakan pengampunan untuk dosa-dosanya dan kelepasan dirinya dari neraka dan dia mendapat ganjaran puasa orang tersebut tanpa mengurangkan sedikit pun daripada ganjarannya.
Para Sahabat r.an. hum lalu berkata, “Bukanlah setiap di antara kami mempunyai sesuatu untuk diberi kepada orang yang berpuasa untuk berbuka puasa”. Maka Rasulullah menjawab,”Allah memberikan pahala itu kepada sesiapa yang memberikan walaupun sebiji tamar atau seteguk air ataupun sesisip susu kepada orang yang berpuasa untuk berbuka.”
Bulan itu adalah satu bulan yang pada bahagian awalnya merupakan rahmat, pada pertengahannya merupakan keampunan dan pada akhirnya merupakan kelepasan daripada neraka. Sesiapa yang meringankan bebanan hamba-hambanya (pekerja-pekerjanya) pada bulan itu maka dia akan diampunkan oleh Allah dan akan dilepaskan daripada azab api neraka.
Perbanyakkanlah pada bulan ini empat perkara. Dua perkara yang kamu dapat meredhakan Tuhan kamu dan dua perkara lagi yang tidak boleh kamu perlukan. Ada pun dua perkara yang kamu dapat meredhakan Tuhan kamu dengannya adalah penyaksian bahawa tiada Tuhan selain Allah (La Ilaha Illallah) dan kamu memohon istighfar daripada-Nya. Manakala dua perkara yang tidak boleh tidak kamu perlukan ialah memohon syurga daripada Allah dan meminta perlindungan daripada api neraka.
Sesiapa yang memberi minum kepada mana-mana orang yang berpuasa maka Allah akan memberinya minum dari telagaku (pada hari kiamat), dengan sekali minum, dia tidak akan dahaga lagi sehingga dia masuk ke dalam syurga”.

No comments:

Post a Comment