Followers

About Me

My photo
Subang, Shah Alam, Malaysia

Adzlily Zuhaira - S.P.I.E.S Motivasikan Diri

Baru - baru ni Dottie join satu seminar ni yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Selangor.
Program percuma siap bagi tidur hotel lagi.. Quality Hotel Shah Alam .. 2117. tingkat 21 bilik no 17 .. 
hee.. sejuk gila ! semuanya free .. bagus kan ??
Program yang memberi manfaat sebenarnya kepada kita tentang realiti kehidupan yang sebenar
dan memotivasikan diri kita yang semakin jauh daripada Allah s.w.t ..


so Dottie nak share sikit pengisian - pengisian program yang dapat Dottie ambil :


1) " Always baca Bismillah, Always tangan kanan "


2) Allah berfirman "Aku akan jadi, apa yang kau fikirkan" ..soo always think positif lah ye :)


3) "As long you forget Allah, I will not forget you !" cuba anda fikirkan.. siapa yang akan ungkap ayat ini ?? YUP !! tepat ! SYAITAN will not forget you, if you forget Allah s.w.t .. take care of its


4) if korang nak tengah makan , mesti lah tgn tangan right ? so.. bila nak ambil air. korg cmfrm guna tgn kiri coz tgn kanan kotor .. 
so " Amek tangan kiri, tampoh tgn kanan "


5) " Jadikan masalah sebagai pengajaran Hidup "


6) " Sayang Allah you x kan Down , when you sayang manusia, you down , kerana manusia x perfect "


7)  " Think others " fikir org lain


8)  " Walk the Talk "


9) 3 Jenis hati 
   - Ikhlas
   - lembut terhadap manusia
   - takut hanya pada manusia


10) Try "cakap yang positif.." coz otak korg sebenarnya lebih peka pada ayat positif .. if korg nak ckp something.. macam ni.. Dottie bg contoh sikit . Jangan cakap "  I don't want to be late " but korg cakap
 " I want to be early " see ?? nampak mcm sama jer mksud.. 


11) " Ya Allah .. thank you for the gift of my life today. Today is the best day of my life ! Alhamdulillah ! Allahuakbar ! " sentiasa korg fikir bahawa hari ini hari paling best dalam hidup korg time awal2 pagi walaupun korg x tau ape yang akan jadi pada petang malam dan sebagainya :)


12) " Ya Allah , I'm so happy and grateful for the abundance that is Coming to me everyday.. Alhamdulillah ! Allahuakbar ! " bersyukurlah :)


13) " Menjadi orang yang bermagnet " haha ! macam pelik bunyi right ? nak tulis panjang sgt... dia lebih kurang macam korg try jadi org yang boleh beri manfaat kepada org lain.. try buat org tertarik dgn sikap positif korg.


14) " What you give, you get back "


15) " It all comes back to you "


16) " Akhirat depan Mata | Dunia dibawah Dagu " makna - dunia ini hanya sementara. yang penting akhirat . patut kita kejar akhirat ,, coz dunia tiada apa yang boleh membantu kita disana hanya Amalan kebaikan bukannya harta ..


17) " Try your best !! "


18) " There are no Accident ! " means.. x ade kebetulan dalam apa saja yang berlaku.. coz. Allah dah tetapkan segalanya ...


19) " Back to Basic  " - ikut ajaran Agama




so.. adalah info - info yang secara x langsung korg dapat dari Dottie ary ni... hehehe. tapi bawah ni ada lagi yang Dottie nak tulis.. Yang ni kata kata yang diungkap oleh penulis buku "KUASA KEPIMPINAN AL-FATEH" iaitu Ustaz Syaari Ab Rahman .. 


Al-Fateh ni seorang raja yang muda dan cekap pandai macam macam lah .. korg boleh baca dgn lebih lanjut kat sini  http://www.iskandarfateh.com/ ..


" Kalau nak berjaya , hafal Al-Quran 


" From Zero, Become Hero "


" Bridging the past and future .. "


" Melaksanakan tugas sebagai HAMBA Allah "


" Melaksanakan tugas sebagai KHALIFAH Allah "


That's all about the sharing :)

Adzlily Zuhaira - 18SX : CERITA 'PANAS' SUAMI ISTERI DI MALAM PERTAMA.... [ Muslim 24 Jam ]


Artikel ini tidak ada kaitan dengan diriku yang 'muda remaja' dan masih 'single' ini. Cuma, sekadar perkongsian artikel yang mungkin boleh diambil sedikit ibrahnya dari cerita sepasang suami isteri di malam pertama perkahwinan mereka.

Di malam yang hening, merupakan malam pertama bagi sepasang suami isteri ini, malam penentuan pertarungan hak dan batil...malam yang dinanti-nantikan oleh sepasang mempelai yang baru hangat diraikan dalam majlis kenduri tengahari tadi.
Alam bagaikan mengerti , hujan rintik-rintik dan sejuk yang nyaman di perkampungan seperti ingin membasahkan kehangatan suami isteri malam ini.

Satu yang mengesankan ialah inilah kali pertama mereka bersua muka , menatap wajah pasangan dengan lebih dekat, menyentuh kulit mulus isteri yang dicintai dan inilah debaran malam pertama bagi mereka.

Sebelum ini , mereka tidak pernah sedekat ini , jika adapun bertemu di hadapan keluarga masing-masing , jika ada pun bertemu bersama kawan-kawan, tidak pernah mereka berjalan beriringan...tidak pernah mereka menjangka bahawa satu perkenalan , satu masa yang singkat terus membawa kepada jinjang pelamin...Alam pernikahan yang begitu asing bagi mereka.

Malam semakin larut. Si suami membasahkan tubuhnya...menyucikan diri , aneh? bisik isterinya..di malam-malam begini yang dingin mengapa perlu membasahkan tubuh?..lebih aneh selepas itu suaminya masuk ke bilik belakang yang kosong, agak lama. Sehingga memaksa isterinya mengintip di celahan pintu bilik itu. Alangkah terkejutnya , suaminya seakan mati, kaku dengan gerakan sujud,dan terdengar esakan kecil...umpama merintih.


Dia tahu! apa yang dilakukan oleh suaminya..dan dia akur...itulah CINTA suaminya yang sejati...dia tidak perlu cemburu dengan cinta itu. Ataupun dia pernah berfikir walaupun segunung cintanya pada suaminya...tidak akan sama dengan CINTA suaminya di bilik kosong itu..

Dia menunggu....berteleku di atas taburan bunga mawar diatas katil empuk itu.

Si suami keluar dan memandang tepat ke arah isterinya...isterinya menunduk malu..

Isteri : Mengapa awak pilih saya?

Suami : Kerana awak berniqab (memakai purdah)

Isteri : Ramai kan yang berniqab...

Suami : Kerana Awak ada Agama.

Isteri : Ramai kan yang ada Agama...

Suami : Kerana Awak adalah Jodoh ketentuan dari Allah S.W.T.

Isteri kehabisan soalan...dia tahu jawapan itu tidak ada persoalan lagi.

Suami : Saya jumpa awak yang saya nampak hanya 2 biji mata, saya tak tahu wajah awak dan selepas itu saya terus tidak melihat wajah awak...tetapi saya melihat di rumah awak ..dihadapan ibu bapa awak ..ketika mereka menyaksikan hasrat saya untuk memiliki awak...dan ketika awak membuka niqab...saya tidak perlu tahu selanjutnya wajah awak kerana itu bukan tujuan utama saya memiliki awak.

Isteri : Saya tidak cantik....

Suami : Baiklah beristerikan perempuan yang berkulit hitam , berbibir tebal...tetapi mempunyai Agama dalam dirinya adalah nikmat yang paling cantik , daripada memiliki isteri yang berkulit mulus , tetapi tiada agama dalam dirinya..tetapi jika cantik dan ada agama itu adalah anugerah Allah kepada saya.Tetapi adakah perempuan sedar ..mereka yang menampakkan kecantikan yang haram mereka dedahkan tetapi akhirnya mereka adalah bahan bakar di neraka kelak...Wana'uzubillah..

Isteri : Saya juga ingin cantik...

Suami : Sayang..kecantikan awak takkan kekal...awak akan dimakan usia..tetapi mahukah awak kekal cantik selamanya?

Isteri: Itu yang saya mahukan...

Suami : Mahukah awak menjadi secantik bidadari...malah lebih dari itu?

Isteri: Perempuan di dunia ini sehabisnya menyolek diri mereka umpama bidadari tetapi adakah mereka berjaya?

Suami : Ada Caranya...malah tidak perlu berhabis ribuan ringgit!

Isteri: Yakah..?, tunjukkan caranya!

Suami : Rasulullah pernah berkata “Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin.”

Isteri : Saya kurang faham... dimana alat-alat 'mekap'nya?

Suami : Rasulullah pernah berkata " Dari Anas bin Malik ra bahwa Rasulullah bersabda :

“Jika perempuan solat lima waktu, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya, nescaya ia akan masuk syurga.” (HR. Al-Bazaar).

Isteri : Bagaimana cantiknya saya di dalam syurga nanti?

Suami : Tolong ambilkan Al-Quran atas meja tu dan Tafsir Ibnu Kathir yang kawan awak hadiahkan tu ...Awak ada wudukkah?

Isteri : Ada...nanti sekejap..

Suami : Lihat Surah Al-Waqiah , "Sesungguhnya kami akan ciptakan mereka secara langsung ". (ayat 35 ) , Ibn Kathir dalam menafsirkan ayat ini menyatakan bahawa wanita baik mereka itu tua atau tidak mereka akan dibangkitkan dengan ciptaan yang baru . Dalam keadan mereka itu muda dan perawan . Ini dikuatkan lagi dengan ayat yang berikutnya " dan kami jadikan mereka itu gadis perawan " (ayat 36)

Isteri : Saya belum dapat bayangkan macam mana cantiknya saya nanti...

Suami : Dalam ayat yang seterusnya Allah berfirman lagi " (–tentang wanita-) penuh cinta (–kepada suami mereka- ) lagi sebaya umur "(ayat 37) . Dalam Ayat ini , Allah menerangkan mereka ini-wanita- terlalu asyik mereka hanya kepada suami mereka sahaja manakala suami mereka juga asyik kepada mereka . Cinta mereka hanya kepada suami mereka sahaja. ( Tafsiran Ibn Abbas)

Isteri : Sohih tu bang...tapi saya nak bayangkan macamana cantiknya saya dalam syurga nanti..

Suami: Baiklah...tunggu sekejap saya ambil kitab hadis , lihat , ini ada Riwayat dari Hadis Tabrani , sambungan dari yang zahir lebih baik dari yang batin...yang saya ceritakan tadi...ingatkah?

Isteri : Oh..ada-ada, ingat....

Suami : maka bertanya lagi Ummu Salamah : Dengan apa ?–yang menyebabkan mereka lebih baik – Baginda pun bersabda : dengan solat mereka,puasa mereka dan ibadat mereka kerana Allah . Malah Allah memakaikan pada muka mereka cahaya, pada badan mereka sutera, kulit mereka berwarna putih, pakaian mereka berwarna hijau, malah mereka dipakaikan dengan perhiasan berwarna kuning –yakni emas- rantai mereka daripada permata ,sikat mereka daripada emas . Lalu mereka berkata : kami kekal –didalam syurga- dan kami tidak akan mati lagi , kami memperolehi nikmat dan kami tak akan bersedih lagi, kami akan kekal –didalam syurga dan kami tidak akan berpindah , kami adalah orang yang redha dan kami tidak akan marah , beruntunglah sesiapa yang kami (dijadikan )untuknya dan (dijadikan) dia untuk kami . Lalu Ummu Salamah bertanya lagi : Wahai Rasullallah , ada dikalangan kami yang berkahwin dengan dua orang lelaki , atau tiga orang lelaki atau empat orang lelaki (bukan dikumpulkan sekali tetapi merupakan perkahwinan yang kedua selepas kematian , cerai atau lainnya) , kemudian perempuan itu mati dan dapat masuk kedalam syurga begitu juga bekas-bekas suaminya juga masuk syurga , maka siapa yang akan menjadi suaminya (didalam Syurga) ,Baginda menjawab : dia akan memilih yang terbaik dikalangan mereka dari segi akhlak . Nah ! Hadis ini dengan jelas menampakkan kelebihan orang wanita daripada bidadari .

Isteri : Alhamdulillah ..baru saya faham...maksudnya jika saya berjaya menjadi wanita solehah dengan ciri-ciri dari firman Allah dan Hadis ..maka saya akan masuk syurga dan menjadi lebih cantik dari bidadari!

Suami : Wanita yang merupakan ahli syuga juga mendapat nikmat yang tak ternilai banyaknya . Dan nikmat yang diperolehi oleh wanita atau lelaki didalam syurga adalah sesuai dengan fitrah kejadian kejadian mereka. Cubalah kita renungi baik awak atau pun saya , apakah yang amat dihajati oleh kita dan sekiranya kita diberi peluang nescaya kita akan mendapatkannya ? Pada pandangan saya , orang lelaki lebih berhajat kepada wanita manakala wanita pula disamping berhajat kepada suami -akan tetapi kecantikan dan kejelitaan lebih menjadi tumpuan pada mereka . Bukankah semua ini terdapat di dalam syurga ?

Isteri : Saya tahu sedikit dari ilmu yang saya kutip..tetapi ada yang saya lupa, eloklah saya mendengar sendiri dari suami saya!

Suami : Ya ..saya juga muzakarah dengan awak , lagi satu...bidadari syurga yang bukan dari kalangan isteri saya akan memarahi awak juga!

Isteri : hah!..bidadari marah saya?..kenapa..macamana awak tahu?

Suami : buka kitab hadis tadi..baca “Janganlah seorang perempuan menyakiti suaminya di dunia, jika tidak, maka bidadari-bidadari isterinya di syurga akan berkata kepadanya : Janganlah kamu menyakitinya, sesungguhnya ia adalah tamu bagimu yang sebentar lagi akan meninggalkanmu untuk berkumpul bersama kami.” (HR. Ahmad dan Tirmidzi dari Mu’adz bin Jabal ra).

Isteri : Wah....saya amat takut jika awak meninggalkan saya di dunia lebih menyedihkan jika saya tidak dapat berjumpa awak di syurga!

Suami : “Harta yang utama adalah lisan yang senantiasa berzikir, hati yang senantiasa bersyukur dan isteri beriman yang membantu suami dalam menegakkan bangunan imannya.” (HR. Ibnu Majah dan Tirmidzi).

Isteri : Alhamdulillah...baru saya faham sejelasnya...terima kasih abang...tetapi itukan banyak persoalan tentang saya...bagaimana saya dalam keluarga yang taat kepada perintah Allah...yang menghidupkan sunnah Rasululullah dan akan mendapat nikmat Syurga...bagaimana dengan diri abang?

Suami : Oh itu masa tidak mengizinkan..biarlah kita berbicara satu bab dengan teliti...insyaAllah esok malam kedua kita bicarakan soal itu ya...nanti kita minta Blogger Muslim 24 Jam tolong buatkan artikel!

Isteri : Asyik-asyik Muslim 24 Jam...Baiklah...jadi sekarang saya nak tuntut tanggungjawab abang!

Suami : Selamat membaca ya pengunjung Muslim 24 Jam...jangan lupa share artikel ini dan letakkan link Muslim 24 Jam sebagai sumber....penat dah menaip ni...hangpa copy paste ja... =)

Adzlily Zuhaira - Fadilat Sembahyang Sunat Terawih

Diriwayatkan oleh Saiyidina Ali (r.a.) daripada Rasulullah S.A.W., sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi S.A.W. tentang fadilat (kelebihan) sembahyang sunat terawih pada bulan Ramadan :
Malam 1 – keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru
dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.
Malam 2 – diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua
ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman)
Malam 3 – berseru Malaikat di bawah ‘Arasy supaya kami meneruskan sembahyang terawih
terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.
Malam 4 – memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca
kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
Malam 5 – Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam,
Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.
Malam 6 – Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di
Baitul Ma’mur (70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah
mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang
terawih poda malam ini.
Malam 7 – Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi
‘Alaihissalam nenentang musuh ketatnya Fir’aun dan Hamman.
Malam 8 – Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawih sepertimana yang telah
dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim ‘Alaihissalam.
Malam 9 – Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi
Muhammad S.A.W.
Malam 10 – Allah Subhanahuwata’ala mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di
akhirat.
Malam 11 – Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu
dilahirkan.
Malam 12 – Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).
Malam 13 – Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan
dan keburukan.
Malam 14 – datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah tiada
menyesatkannya pada hari Qiamat.
Malam 15 – Semua Malaikat yang menanggung ‘Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya
supaya Allah mengampunkannya.
Malam 16 – Allah subhanahuwata’ala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan
dimasukkan ke dalam Syurga.
Malam 17 – Allah kurniakan orang yang berterawih pahalanya pada malam ini sebanyak
pahala Nabi-Nabi.
Malam 18 – Seru Malaikat : Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada
engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati)
Malam 19 – Allah Subhanahuwata’ala tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.
Malam 20 – Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan
orang-orang solihin.
Malam 21 – Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.
Malam 22 – Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan
(tidaklah dalam keadaan huru-hara di Padang Masyar).
Malam 23 – Allah Subhanahuwataala binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga
daripada nur.
Malam 24 – Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawih malam ini,
(elok sekali berdoa ketika dalam sujud)
Malam 25 – Allah Taala angkatkan daripada siksa kubur.
Malam 26 – Allah kurniakan kepada orang berterawih pahala pada malam ini seumpama 40
tahun ibadat.
Malam 27 – Allah kurniakan orang berterawih pada malam ini ketangkasan melintas atas
titian Sirotolmustaqim seperti kilat menyambar.
Malam 28 – Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di akhirat.
Malam 29– Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang
mabrur.
Malam 30 – Allah Subhanahuwataala beri penghormatan kepada orang berterawih pada malam
terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman:
“Hai hambaKu : makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di
dalam syurga, dan mandilah engkau dariapda air syurga yang bernama Salsabila, serta
munumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama
Al-Kauthar.”

Adzlily Zuhaira - HADITH TENTANG KELEBIHAN RAMADAN


Hazrat Salman r.a. berkata bahawa Rasulullah Sollallahu A’laihi Wasalam telah bersabda kepada kami pada hari terakhir bulan Sya’aban :
“Wahai manusia! Telah datang kepada kamu satu bulan yang agung lagi diberkati. Satu bulan yang di dalam bulan itu satu malam (Lailatulqadar) yang lebih baik dari seribu bulan. Satu Bulan yang Allah Subhanahu Wa Taa’la telah menjadikan puasa pada siang hari sebagai satu amalan fardu dan berdiri pada malam hari (berterawih) sebagai satu amalan sunat.
Sesiapa yang cuba menghampiri Allah pada bulan itu dengan  amalan-amalan sunat seumpama seorang yang telah menunaikan satu fardu pada bulan-bulan yang lain dan sesiapa yang menunaikan satu fardu pada bulan itu seumpama seseorang yang menunaikan 70 fardu pada bulan-bulan lain.
Bulan itu adalah bulan kesabaran dan ganjaran kesabaran adalah syurga. Bulan itu adalah bulan simpati, bulan yang ditambah rezeki kepada orang-orang yang beriman. Sesiapa yang memberi seseorang yang berpuasa untuk berbuka, maka pemberiannya itu merupakan pengampunan untuk dosa-dosanya dan kelepasan dirinya dari neraka dan dia mendapat ganjaran puasa orang tersebut tanpa mengurangkan sedikit pun daripada ganjarannya.
Para Sahabat r.an. hum lalu berkata, “Bukanlah setiap di antara kami mempunyai sesuatu untuk diberi kepada orang yang berpuasa untuk berbuka puasa”. Maka Rasulullah menjawab,”Allah memberikan pahala itu kepada sesiapa yang memberikan walaupun sebiji tamar atau seteguk air ataupun sesisip susu kepada orang yang berpuasa untuk berbuka.”
Bulan itu adalah satu bulan yang pada bahagian awalnya merupakan rahmat, pada pertengahannya merupakan keampunan dan pada akhirnya merupakan kelepasan daripada neraka. Sesiapa yang meringankan bebanan hamba-hambanya (pekerja-pekerjanya) pada bulan itu maka dia akan diampunkan oleh Allah dan akan dilepaskan daripada azab api neraka.
Perbanyakkanlah pada bulan ini empat perkara. Dua perkara yang kamu dapat meredhakan Tuhan kamu dan dua perkara lagi yang tidak boleh kamu perlukan. Ada pun dua perkara yang kamu dapat meredhakan Tuhan kamu dengannya adalah penyaksian bahawa tiada Tuhan selain Allah (La Ilaha Illallah) dan kamu memohon istighfar daripada-Nya. Manakala dua perkara yang tidak boleh tidak kamu perlukan ialah memohon syurga daripada Allah dan meminta perlindungan daripada api neraka.
Sesiapa yang memberi minum kepada mana-mana orang yang berpuasa maka Allah akan memberinya minum dari telagaku (pada hari kiamat), dengan sekali minum, dia tidak akan dahaga lagi sehingga dia masuk ke dalam syurga”.