Followers

About Me

My photo
Subang, Shah Alam, Malaysia

Kedudukan Jerawat | Info Kesihatan

Dahi :
Haba badan melampau , peredaran darah tidak berfungsi dengan baik . Minda dan badan mungkin terlalu letih . Stress . Dan kumpulan ini biasanya panas baran .

Hidung :
Jerawat di batang hidung bermakna tulang kita mungkin bermasalah .  Di hujung hidung mungkin kerana haba perut melampau dan system penghadaman tidak normal. Di salah satu hujung hidung pula boleh dikaitkan dengan ovary atau sistem reproduksi .

Dagu :
Fungsi buah pinggang terjejas atau sistem endokrin ( rembesan dalaman ) lemah . Kaun wanita mudah mendapat jerawat di sekitar dagu mungkin berpunca daripada haid yang tidak teratur dan sistem peranakan yang bermasalah .

Pipi Kiri :
Fungsi hati mungkin kurang lancar termasuk dilanda masalah rembesan , menyahtoksin dan penghasilan darah .

Pipi Kanan :
Fungsi paru-paru mungkin tidak normal sehingga boleh menyebabkan penyakit resdung dan lelah.

Badan ( Belakang & Depan ) :
Sistem perkumuhan yang bermasalah , sembelit . Amalkan pemakannan yang sihat dan mengkuti Pramid Makannan bagi memastikan toksin tersingkir dengan baik .

" ISTIMEWA Suami & Isteri "

Penat menaip .. baca - baca !!! haha J J J

LELAKI
Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala Dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya. Lelaki berkahwin kena tanggung Dosa sendiri , dosa isteri , dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan Dosa anak lelaki yang belum baligh .

See ??
Hukum menjelaskan , anak lelaki kena bertanggungjawab ke atas ibunya dan Sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjaawab maka dosa baginya terutama anak lelaki yang sulung . manakala anak perempuan hanya perlu taat kepada suaminya.Isteri berbuat baik , pahala dapat kepadanya , kalau buat tak baik dosanya itu Ditanggung oleh suaminya .

Suami perlu bagi nafkah pada isteri ,Walaupun begitu , isteri boleh membantu suami .Haram bagi suami bertanyakan pendapatan isteri lebih-leboh lagi menggunakan pendaptan isteri tanpa meminta izin . J J J

Wanita
Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki . Perlu meminta izin dari suaminya apabila Mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya . Saksinya kurang berbanding lelaki . Menerima pusaka kurang dari lelaki . Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan .  Wajib taat kepada Suami tetapi suami tidak perlu taat pada isterinya. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri . Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki .

Pernahkah kita lihat sebaliknya ??? J J J

Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang Tersorok dan selamat . Sudah pasti intan permata tidak akan dibiarkan bersepah-sepah.Itulah bandingnya dengan seorang wanita .

Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih Utama dari bapanya . Ibu juga seorang wanita kan ?? J

Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya Dan tidak perlu dikongsi bersama suaminya , manakala lelaki yang menerima harta pusaka Perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak- anak . J

Wanita perlu bersusah-payah mengandung dan melahirkan anak , tetapi setiap saat Dia didoakan oleh segala makhluk ciptaan Allah termasuk para Malaikat . Dan matinya jika melahirkan adalah syahid kecil . Dosanya diampun Allah (dosa kecil)
 J J J

Di Akhirat , seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ..
Ibunya
Isterinya
Anak perempuannya dan
Saudara perempuannya .

Manakala seorang wanita , tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 orang lelaki ..
Suaminya
Ayahnya
Anak lelakinya dan
Saudara lelakinya .

Seorang wanita boleh memasuki pintu SYURGA melalui mana-mana pintu syurga .
Syurga yang disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja :
J J J
Sembahyang 5 waktu
Puasa di bulan Ramadhan
Taat kepada suaminya dan
Menjaga kehormatannya .

Seorang lelaki perlu berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta memunaikan tanggungjawabnya kepada Allah akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.
Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki , tetapi seorang lelaki istimewa di sisi Allah SWT . Maka dengan sebab itu Allah mengangkat kamu menjadi pemimpin
Maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya. Supaya kelak masing2 dapat pulang menghadap Allah dalam keadaan yang ISTIMEWA di sisiNYA  J J J

DAPAT ??? Ingat sampai mati .. haha :)

Pemilik Tulang Rusukku

‎by [ Fatin Naimah ]




;D Hai awak, pemilik tulang rusuk saya. 
Sesungguhnya saya sentiasa menunggu awak.
Menanti dan berdoa agar dipertemukan awak. 
Dalam setiap masa yang terus berlalu..
saya terus menanti dengan sabar. 
Saya sentiasa cuba memperbaiki diri, 
agar menjadi suri terbaik untuk awak.
Biarpun masa bagaikan cemburu dan cepat je berlalu.. 
Saya terus menunggu dan menunggu. 
Tidak sekali saya rasa jemu. 
Kerana saya sentiasa sematkan dalam hati ini, 
awak pun tengah berusaha mencari saya kan? 
Sambil terus mempersiapkan diri awak, 
untuk menjadi yang terbaik buat saya.. 
Walau saya tidak tahu, 
siapakah dia pemilik tulang rusukku.




haha.. sedap right ?? memang aku tabik lah ! haha :)

Lirik PM Kita Untuk Semua


haha.. sedikit kata lah yaa..
penat salin lirik ni...cek kat google x jumpa lirik..
akhirnya ambil intensif salin lirik sendiri sambil dgr lagu dia..
hahaha... 


Andainya kapal tiada nakhoda,
Pastinya karam dipukul gelombang
Andainya kapal tiada nakhoda,
Pastinya karam dipukul gelombang


Andainya kita tiada ketua
Pastinya lemah dihambat orang
Andainya kita tiada ketua
Pastinya lemah dihambakan orang


PM kita untuk semua
Untuk semua rakyat Malaysia
PM kita untuk semua
Tak kira kaum tak kira budaya


PM kita untuk semua
Untuk semua rakyat Malaysia
PM kita untuk semua
Dahulukan rakyat 1 Malaysia


Rakyat Malaysia sudah berbudi
Bersopan santun berbudi pekerti
Rakyat Malaysia sudah berbudi
Bersopan santun berbudi pekerti


Hatinya cekal gagah berani
Kuat bekerja taat diuji


PM kita untuk semua
Untuk semua rakyat Malaysia
PM kita untuk semua
Tak kira kaum tak kira budaya


PM kita untuk semua
Untuk semua rakyat Malaysia
PM kita untuk semua
Dahulukan rakyat 1 Malaysia


Bersama kita bersatu hati
Bela agama bangsa dan pertiwi
Bersama kita bersatu hati
Bela agama bangsa dan pertiwi


Bersama hadapi segala cabaran
Bersama-sama cipta kejayaan
Bersama hadapi segala cabaran
Bersama-sama cipta kejayaan


PM kita untuk semua
Untuk semua rakyat Malaysia
PM kita untuk semua
Tak kira kaum tak kira budaya


PM kita untuk semua
Untuk semua rakyat Malaysia
PM kita untuk semua
Dahulukan rakyat 1 Malaysia

4 Perkara Sebelum Tidur



Sumber : 


KUMPULAN DOA-DOA ISLAM SEHARI-HARI


SEBELUM tidur, Rasulullah SAW berpesan kepada Aisyah RA :

"Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, yaitu :
1. Sebelum khatam Al Qur'an
2. Sebelum membuat para Nabi memberimu syafaat di hari akhir
3. Sebelum para muslim meridhoi kamu
4. Sebelum kau laksanakan haji dan umroh"

Bertanya Aisyah :
"Ya Rasulullah.. Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?"

Rasul tersenyum dan bersabda : 
1. "Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an." Bismillaahir rohmaanir rohiim,
Qulhuallahu ahad' Allahushshomad' lam yalid' walam yuulad' walam yakul lahuu kufuwan ahad' (3x)

2. "Membaca sholawat untuk ku dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafa'at di hari kiamat“. Bismillaahir rohmaanir rohiim, Allahumma shollii 'alaa Muhammad wa'alaa alii Muhammad (3x)“

3. "Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meridhoi kamu“. Astaghfirullahal adziim aladzii laa ilaaha illaa huwal hayyul qoyyuum wa atuubu ilaih (3x)

4. "Perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan - akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umroh“.
Bismillaahir rohmaanir rohiim, Subhanallahi Walhamdulillaahi walaailaaha Illallahu Allahu akbar (3x) 

*Untuk bisa d jadikan amalan kita bersama.
Kalau berkenan silahkan d broadcast ke saudara Muslim yang lain. RasuIullah saw bersabda ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang kekal bagi orang yang mengajarnya, meski hanya 1 ayat,dan meskipun kita sudah meninggal dunia......

A Rainbow Nation


  Malaysia is very popular with many interesting place,food,religions,calture and races and other.I'm so lucky because I was born in this beautiful country.There are many types of people staying in Malaysia and they always respect each other no matter who they are.Some races in Malaysia are Malay,Chinese,India,Kadazan,Iban and other.

  Malaysia is called A Rainbow Nation because they are many types of lifestyles. Although the lifestyle of races are different, I was so happy to enjoy it. For me , I can learn more languange and religion and trying to respect their culture and I was think how so lucky who was born in Malaysia because all the major of lifestyle that come from China and India . I can learn only in my school.
  Other than that, there are many types of religions like Buddha, Hindu-Buddha, Islam and Christian. Even they live in different religion,they still live in a peaceful. Trying to respect other religion. For example,everyday my school have assembly, a prefect will invoke and non muslim will keep on silent as respect sign.
  The best thing for all people that live in Malaysia is food.There is a lot of food that came from the whole world like Jappaness food,Korean food,Indian food,Chinesse food and also Malay food. I'm so proud someone that sucsess to create a unique food named "1 Malaysia" food. It is combination of three major races in Malaysia. This food shows that in Malaysia, we all stay together.
  What is the interesting about Malaysia is there is many beautiful mountain like Kota Kinabalu, Gunung Santubung and Gunung Sejinjang. Kota Kinabalu is the popular mountain in Malaysia because is know as the highest mountain in Malaysia. Other than that , the most popular of island are Pulau Tioman, Pulau Pangkor, Pulau Langkawi and Pulau Kapas. The sea is so amazing and can make someone feel so balmy.
  One of the historical places in Malaysia is Kota A Famosa . Many people that came from the around the world always visit this place. It is located at Malacca . Malacca is known as the rich place of history. Besides that, Makam Mahsuri, Pasir Salak and Kelly Castle is a historical place too. All the historical place in Malaysia exist since colonization epoch.
  For the conclusion, I am so proud to be a Malaysian. I'm so lucky because I was born in this unique country and I can set to enjoy to all that I have mentioned. When I finished my school, my mission is to be a traveller so that I can travel the whole Malaysia . I want to know more about Malaysia and in a deep of my heart I just want to say I love Malaysia.
thanks for reading ! :)


NurShakirin - English Composition and Essey- 4 Acc - SMK Subang,Shah Alam

Adzlily Zuhaira - Hukum Berfesyen ketika Bertudung


[Sumber dari - ZUNAIDAH ZAINON]




GELOMBANG fesyen yang sentiasa bergerak pantas turut memberi impak 
kepada gaya berpakaian wanita bertudung hingga pada suatu peringkat ia 
dilihat bertentangan dengan hukum syariat. Peralihan daripada pakaian 
tradisi seperti baju kurung dan kebaya kepada pilihan yang lebih moden 
dan bergaya semakin menghakis ciri-ciri menutup aurat seperti mana
 yang digariskan dalam Islam.

  

  Perspektif Islam memandang bergaya mengikut trend semasa bukanlah 
satu perkara yang melanggar undang-undang syariat. Asalkan ia 
menepati garis panduan yang telah ditetapkan agama.
  

  Ini dijelaskan menerusi firman Allah s.w.t.,

  Katakanlah kepada wanita-wanita beriman, hendaklah mereka
 menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya, dan
 janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang biasa 
nampak daripadanya.
  

  Dan hendaklah mereka menutup kain tudungnya hingga ke dadanya dan
janganlah menampakkan perhiasannya. (an-Nur: 31)

  
  Menurut Pensyarah di Jabatan Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti 
Penganjian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr. Fariza Md. Sham, 
Islam tidak pernah melarang umatnya bergaya dan mengikuti 
aliran fesyen selagi ia bertepatan dengan hukum agama.

  

Pakaian pula hendaklah daripada jenis kain yang tebal, tidak 

nipis dan jarang supaya tidak menampakkan susuk tubuh.

Islam amat mementingkan penampilan yang bersih dan kemas. 
Jangan terlalu selekeh dan menyukarkan pergerakan, contohnya, 
baju dan tudung yang terlalu besar. Kita boleh pakai jean, kemeja T
atau blaus tetapi memenuhi ketiga-tiga syarat di atas,
Katanya, al-Quran tidak menetapkan pakaian
tertentu asalkan tidak melanggar hukum agama.


membicarakan tentang menutup aurat, ia bukan sahaja
berkait dengan wanita. Lelaki juga harus mengambil
berat mengenai perkara ini. Walaupun aurat lelaki dari 
pusat hingga ke lutut, ia tidak bermakna lelaki muslim boleh

berpakaian sesuka hati seperti berseluar pendek dan tidak berbaju. 
harus berpakaian sopan agar menepati budaya orang Islam.

  Dalam hal menutup aurat, suami tidak boleh membuat permintaan
agar isterinya bertudung litup sewaktu bersama-sama dengan
bapa kandung dan adik-beradik lelaki kandung kerana ia melampaui
batas agama. Ini menunjukkan bahawa suami tidak memahami 
hukum-hukum Islam dan melanggar prinsip kerana Islam bukanlah
agama yang keterlaluan dan memaksa.



Beliau tidak bersetuju dengan pandangan yang menyatakan bertudung 
mengehadkan kepelbagaian berfesyen sedangkan ia bergantung
 kepada penampilan individu. Ada juga orang muda yang cara
 berpakaian mereka menyebabkan mereka nampak lebih tua. 

   
  Sebaik-baik fesyen ia perlu bergerak ke arah kesempurnaan syariat. 

Adzlily Zuhaira - Tanda-tanda Suami dan Isteri yang Nusyuz

[By Azlina]


Perkara ini boleh menimbulkan perbalahan dan pergaduhan lebih besar sehingga sesetengahnya berakhir dengan perceraian.
Pe
Dalam hal ini, terkadang isteri bersikap agresif sehingga meninggi suara, membantah dan melawan kehendak suaminya tanpa sebab munasabah mengikut hukum syarak.
Perkara ini disebut sebagai nusyuz yang juga boleh dikategorikan sebagai derhaka.
Apabila ia berlaku, gugurlah hak isteri untuk mendapatkan nafkah sehinggalah dia bertaubat.
Bagaimanapun, hukuman nusyuz tidaklah sewenang-wenangnya terletak pada suami tetapi ia hendaklah dirujuk ke mahkamah supaya pihak wanita mendapat pembelaan dan tidak teraniaya.
Dalam pada itu, apabila menyebut nusyuz, ia kerap diletakkan kepada wanita semata-mata. Sebenarnya, nusyuz dibahagikan kepada dua iaitu nusyuz isteri dan nusyuz suami.
Di antara sebab berlakunya nusyuz pada pihak isteri ialah:
    Apabila disuruh menutup aurat dia enggan berbuat demikian.
    Enggan tinggal serumah dengan suami.
    Keluar rumah tanpa keizinan suami.
    Enggan menunaikan kewajipan sebagai seorang Islam, seperti mendirikan solat dan sebagainya.
    Menjauhkan diri daripada suami.
    Enggan memenuhi kemahuan suami kecuali yang ditegah dan tidak mencurahkan sepenuh kasih sayang kepada suami.
    Tidak memelihara kehormatan.
    Tidak menjaga amanah suami.
    Tidak merahsiakan perhubungan suami isteri.
Di antara sebab berlakunya nusyuz di pihak suami pula ialah:
    Mengabaikan tanggungjawab dalam pemberian nafkah.
    Mengabaikan penyediaan tempat tinggal yang sesuai.
    Tidak memberikan perlindungan yang sewajarnya terhadap rumah tangga, isteri dan anak-anak.
    Tidak memberikan nafkah kepada anak.
    Tidak bertanggungjawab terhadap kesihatan isteri dan anak-anak.
    Tidak memberi sepenuh kasih sayang terhadap anak dan isteri.
    Melupakan tanggungjawab sebagai pemimpin kepada isteri bagi mendapatkan keredaan Allah.
    Mengabaikan pelajaran dan didikan akhlak anak selaras dengan kehendak Islam.
    Tidak memelihara kehormatan isteri.
    Tidak memberi nafkah batin kepada isteri.
    Apabila suami berkahwin lebih dari satu ia tidak berlaku adil.
Setiap yang akan berlaku pasti ada tanda-tandanya, begitu juga dengan nusyuz di mana ada tiga tahap.
Tahap pertama (amara’), contohnya jika dulu isteri menjawab dengan suara yang lembut, “Yang, “Ya bang” kini jawapan itu berubah kasar. Jika dulu isteri menyambut kepulangan suami di muka pintu atau segera dibukakan pintu pagar tapi kini tidak lagi.
Pada tahap kedua (shiqa’) pula, situasi berlaku apabila suami atau isteri diibaratkan seperti anjing dan kucing.
Mereka sering kali bergaduh dan tidak boleh bertentang mata, manakala tingkah laku juga bertukar menjadi kasar, contohnya menghempas pintu atau apabila dipanggil tidak menjawab.
Apabila berada pada tahap ini tindakan yang bijak haruslah diambil jika tidak ia amat berbahaya. Ibarat api dalam sekam.
Pada tahap ketiga (dara’) pula amat serius kerana membabitkan keganasan.
Dalam keadaan berkenaan, tindakan undang-undang boleh diambil mengikut Kanun Keseksaan

Adzlily Zuhaira - Tanda Kiamat

Kepada semua umat islam
- Kemunculan Imam Mahdi
- Kemunculan Dajjal
- Keturunan Hazrat Isa (AS)
- Kemunculan Yajooj n Majooj
... ... - Terbitnya matahari dari Barat ke Timur
- Pintu pengampunan akan ditutup
- Dab'bat al-Ard akan keluar dari tanah & akan menandai muslim yang sebenar2nya
- Kabut selama 40 Hari akan mematikan semua orang beriman sejati shg mereka tidak perlu mengalami tanda2 kiamat lainnya
- Sebuah kebakaran besar akan menyebabkan kerusakan,
- Pemusnahan Kabah,
- Tulisan dalam Al-Quran akan lenyap,
- Sangkakala akan ditiup pertama kalinya binatang2 & org2 kafir yang tersisa akan mati, semua gunung & bangunan akan runtuh
- Tiupan sangkakala yang kedua kalinya akan membangkitkan semua ciptaan Allah & bertemu di dataran Arafah menuju saat penghakiman mereka.. Dan Matahari akan mendekatkan dirinya ke bumi

Nabi MUHAMMAD SAW telah bersabda:
"Barang siapa yg mengingatkan ini kepada orang lain, akan
Ku buatkan tempat di syurga baginya pada hari penghakiman kelak"

Adzlily Zuhaira - 3 Jenis Perempuan

Bunyi macam pelik right ?
haha.. jom baca ni ..


Perempuan tak semuanya sama.
means perangai mereka ..
Kali ni respon mereka terhadap lelaki yang cuba nak "mengorat".


1 - Ada suka bila lelaki tegur dia orang.. Terasa "HOT" Lagi - lagi lelaki tu mmg dia orang minat.. haha.. hati akan kata "wahh...bestnya... dia tegur aku ! hehe " senyum sampai esok,. then cerita pada kawan-kawan dia orang. hee..setuju ??


2 -  Ada yang rimas bila di ganggu . Lagi-lagi lelaki yang dia orang tak minat .. hati akan kata "mamat ni apahal.sibuk jer ! arghh !! menyampahlah .. bila online jer muka dia ! tak ada orang lain ke !? " 


3 - Yang ni sempoi tapi bahaya jugak, sama ada lelaki tu dia orang minat ke tak.. dia orang layan jer.. Pukul rata.. haha... dalam hati kata " Kawan je pun . bukan couple pun.. Kawan biar seribu,Musuh jangan satu "


SOoo.. apa yang kau orang baca tu rasanya memang betul kan ?? hehe,, 
Hati-hati ketika menyapa girl tu.. kot lah dia orang punya perangai macam numbur 2 .. tak nyaya kau orang.. haha ... 

Adzlily Zuhaira - Petua Menjaga Wajah

Menghapuskan Jerawat
Untuk membersihkan muka dan menghapuskan jerawat, sila amalkan salah satu petua ini:-

1.        Bersihkan muka. Kemudian cuci dengan air kelapa tua. Biarkan ia kering sendiri. Kemudian bilas dengan air bersih. Amalkan tiga kali seminggu.
2.       Setelah muka dibersihkan, tutup muka dengan kain tuala yang lembab. Dekatkan muka ke wap nasi atau air panas selama lima minit. Ulangi beberapa minit. Kemudian pakai penyegar muka.
3.       Sejukkan sedikit kanji nasi. Sapukan pada jerawat dan biarkan ia kering di muka. Kemudian cuci dengan air suam. Amalkan setiap hari hingga jerawat berkurangan.
4.      Jika jerawat masih sukar hilang, rebus beberapa helai daun teh warna hijau. Ketika suam, lekatkan pada jerawat dan biarkan sehingga ianya kering.
5.       Tumbuk segenggam bunga melur bersama sedikit air hingga lumat. Sapukan ke muka dan biarkan kering. Kemudian cuci dengan air kelapa muda.
6.      Basuh muka dengan air basuhan beras. Setelah kering, cuci dengan air bersih. Amalkan selalu.
7.       Rendam segenggam beras hingga kembang. Toskan airnya. Tumbuk beras ini bersama segenggam biji betik muda hingga lumat. Campurkan dengan sedikit air. Gentelkan kecil-kecil dan jemur hingga kering. Apabila hendak memakainya, bancuh dengan air dan tempelkan di muka.
8.       Hancurkan beberapa helai daun pucuk jambu batu. Campurkan dengan besak sejuk. Tempelkan di muka sebelum tidur. Amalkan setiap hari.
Menghilangkan Bintik Hitam
1.        Rendamkan sehelai tisu ke dalam dua biji putih telur. Tampalkan tisu tersebut pada tempat yang ditumbuhi bintik-bintik hitam. Setelah kering, tanggalkan. Basuh muka dengan air bersih dan pencuci muka. Lakukan dua kali seminggu.
2.       Lumatkan sehelai daun nangka yang agak tua dengan sedikit air. Sapukan pada muka yang telah dibersihkan. Setelah kering, bersihkan muka dengan menggunakan air suam.
3.       Campurkan beras pulut dengan kulit kayu manis. Kemudian goreng tanpa minyak hingga kekuningan. Kisar dan gosokkan pada muka dua kali seminggu.
Tegangkan Kulit Muka
1.        Tumbuk beberapa helai daun jambu batu hingga lumat. Bancuh dengan air suam. Apabila sejuk, sapu pada muka. Lakukan setiap malam.
2.       Campurkan sedikit bedak sejuk dan beberapa titik air limau nipis. Bancuhkan bersama sedikit air kemudian sapukan ke muka. Kulit akan terasa pedih sedikit. Amalkan dalam masa seminggu untuk melihat perubahannya.
Menghilangkan Parut di Muka
Jerawat yang sudah kering akan meninggalkan parut di muka. Ada beberapa cara unuk menghilangkannya.

1.        Tumbuk beberapa batang kulit kayu manis dan jadikan serbuk. Campurkan dengan sedikit air.
2.       Asah kulit kayu manis dan campurkan dengan madu lebah. Tempelkan pada muka yang berparut setiap malam. Keesokkannya, cucilah menggunakan air suam.
3.       Kisar timun dan tapiskan airnya. Tampalkan hampas timun pada muka. Biarkan setengah jam. Kemudian cuci bersih dengan air suam.
4.      Rendam beberapahelai daun senduduk, sedikit cekur dan segenggam beras. Kemudian giling hingga lumat. Sapukan pada parut muka dua kali seminggu.
5.       Tumbuk sepuluh helai daun sirih muda. Tempelkan pada muka terutama pada bekas jerawat. Setelah kering, cuci muka dengan air bersih. Amalkan tiga kali seminggu.
Kulit Muka Lembut dan Cerah
1.        Parutkan seketul ubi kayu dan tempelkan pada muka. Biarkan hingga kering. Selepas itu cuci muka dengan air suam. Amalkan pada setiap malam.
2.       Campurkan parutan lobak merah, kuning telur, sedikit air limau nipis hingga sebati. Sapukan pada muka dan bairkan kering. Cuci dengan air bersih tanpa sebarang pembersih muka.
3.       Sapukan muka dengan putih telur dan biarkan selama 30 minit. Setelah itu, cuci dengan air biasa. Lakukan tiga kali seminggu.
4.      Kisar kulit telur hingga halus. Campurkan dengan air suam dan bedak sejuk. Sapukan campuran tadi pada muka. Urutkan kulit muka perlahan-lahan. Biarkan hingga bedak kering. Kemudian basuh dengan air suam.
5.       Parut sebiji kentang. Perah airnya. Sapukan pada muka. Apabila separuh kering, cuci muka dengan air.
6.      Kisar lima kuntum bunga cempaka dan lima kuntum bunga melur hingga halus. Campurkan dengan bedak sejuk. Sapukan pada muka pada setiap malam.
7.       Campurkan tepung sagu dengan air. Sapukan pada muka seperti memakai bedak sejuk. Lakukan setiap hari.
Hilangkan Parut Demam Campak
1.       Demam campak biasanya meninggalkan tanda hitam. Untuk menghilangkannya, cubalah petua ini :-
o        Gilingkan beberapa helai daun semambu hingga lumat.
o        Sapukan di tempat berparut dan biarkan kering. Ulangi selama tiga hari.
2.       Daun semambu juga boleh direbus untuk diminum airnya. Tujuannya untuk menghilangkan rasa gatal pada bekas demam campak.
3.       Parut sebiji jagung muda hingga lumat. Sapukan pada bekas demam campak. Lakukan selama beberapa hari.
Melicinkan Kulit Muka
Jika anda memiliki wajah yang kasar, jangan cepat putus asa. Cubalah petua ini:-

1.        Campurkan sedikit tepung pulut dengan sedikit air. Sapukan pada muka sebelum tidur. Keesokkannya cuci muka dengan air suam. Amalkan seminggu sekali.
2.       Campurkan satu sudu besar madu lebah dengan satu sudu besar susu tepung. Sapukan pada seluruh muka dan biarkan sebentar. Kemudian basuh muka dengan air suam. Amalkan dua kali seminggu.
3.       Campurkan bedak sejuk, asam jawa, serbuk kunyit serta sedikit air. Sapu dan gosok perlahan-lahan pada muka selama beberapa minit sebelum mandi. Kemudian cuci dengan air suam. Lakukan setiap hari.
4.      Giling tiga sudu besar kacang hijau. Campurkan dengan sedikit air. Sapukan pada muka dan bairkan kering. Cuci dengan bersih.
5.       Gosokkan serbuk teh yang telah digunakan ke muka. Biarkan selama 3 minit sebelum dicuci dengan air suam.
6.      Kisar dua biji buah tomato, gula dan air. Tapiskan dan minum air setiap pagi. Lakukan selalu sehingga kulit muka kelihatan licin.
7.       Setiap kali mandi, gosokkan tawas pada muka. Lakukan setiap pagi atau malam. Muka anda akan menjadi halus.
Mengekalkan Seri Wajah
Wajah pengantin menjadi tumpuan ramai pada hari pernikahannya. Untuk menyerikan lagi, cubalah petua ini :-

  • Goreng secawan beras tanpa minyak sehingga kekuningan. Kisar sehingga lumat.
  • Campurkan dengan sedikit putih telur, air limau nipis dan satu sudu teh air kunyit.
  • Tempekkan pada muka kecuali bahagian mata. Insya-Allah, wajah akan berseri pada hari persandingan.
Menghilangkan Panau di Muka
1.        Gosokkan halia pada kulit yang berpanau. Biarkan seketika, kemudian bilas dengan air biasa. Lakukan 3 kali sehari.
2.       Tumbuk dua helai daun gelenggang hingga hancur. Sapukan pada kulit yang berpanau.
Alat Solek Tidak Sesuai
  • Basuh muka dengan air kelapa setiap hari sehingga bengkak-bengkak atau gatal sembuh.
  • Jika masih belum menunjukkan tanda-tanda yang tidak baik, segeralah mendapatkan rawatan dari pakar kecantikan.
Kulit Muka Berminyak
Parut buah epal hingga halus. Kemudian sapukan pada muka, bairkan selama 15 minit. Kemudian cucilah dengan air suam. Lakukan 3 kali seminggu.

Melembabkan Muka
Bersihkan muka dengan air suam. Panaskan madu hingga menjadi suam-suam kuku. Sapukan madu ini pada muka dan urutkan perlahan-lahan. Biarkan setengah jam dan bersihkan.