Followers

About Me

My photo
Subang, Shah Alam, Malaysia

Karangan : Kepentingan Modal Insan dan Langkah-Langkah untuk Melahirkannya

  Modal Insan merujuk kepada individu yang  mempunyai sahsiah yang terpuji, berintegriti dan mempunyai   wawasan dan perancangan yang rapi.Terdapat beberapa kepentingan modal insan dan langkah-langkah untuk melahirkannya.  

     Kepentingan yang pertama adalah untuk menjadikan Malaysia sebagai negara yang mampu berdaya saing dengan negara-negara membangun yang lain. Hal ini berlaku kerana modal insan kelas pertama merupakan golongan tenaga muda yang mempunyai potensi yang tinggi untuk  memajukan segala sektor di Malaysia. Golongan ini juga dianggap sebagai benteng harapan untuk maju ke hadapan dan sebagai sumber penting bagi membentuk kemajuan negara.  

     Kedua, modal insan kelas pertama  penting untuk menjana kemajuan negara dalam semua bidang agar mampu melakukan perubahan dari pelbagai aspek penting. Hal ini terbukti apabila golongan minda kelas pertama ini telah mencuba untuk melakukan tranformasi terhadap gaya hidup, adat resam, perkembangan ilmu pengetahuan terhadap masyarakat Malaysia. Tranformasi yang dilakukan adalah bertujuan untuk meningkatkan taraf  hidup rakyat Malaysia pada hari ini.

     Strategi untuk melahirkan modal insan kelas pertama adalah melalui pendedahan meluas terhadap penguasaan ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang. Hal ini menunjukkan bahawa golongan ini perlu menyediakan diri dengan kemahiran dalam pelbagai bidang untuk melahirkan golongan modan insan kelas pertama. Perkembangan era globalisasi merupakan satu cabaran dalam menghasilkan modal insan kelas pertama yang berpengetahuan,berinovasi serta berkualiti tinggi.  

     Seterusnya,melalui pengenalan Dasar 1 Murid 1 Sukan juga dapat melahirkan modal insan yang memiliki keseimbangan akademik dan fizikal. Hala tuju dasar pendidikan negara kita amat jelas dalam melahirkan modal insan berminda kelas pertama. Bukan sahaja melalui pencapaian akademik malah melalui pencapaian dalam bidang sukan. Oleh itu, Dasar 1 Murid 1 Sukan secara tidak langsung dapat melahirkan modal insan yang seimbang dari segi jasmani,emosi,rohani dan intelek.

     Selain itu,Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) juga dapat menghasilkan modal insan yang menjadi tunggak utama kepada pembangunan negara pada masa akan datang. Melalui program ini, remaja dapat dibentuk menjadi insan yang bertanggungjawab dan berusaha bersungguh-sungguh demi mencapai kejayaan. Mereka juga telah diletakkan sebagai generasi pelapis yang mampu mewarisi tampuk pemerintahan negara pada masa hadapan.  

     Kesimpulannya, modal insan amat penting bagi menjadikan Malaysia sebuah negara maju yang beridentitikan diri sendiri dan menjadi contoh bagi negara-negara di seluruh pelosok dunia. Oleh itu, semua pihak perlu bekerjasama bagi  melahirkan modal insan kelas pertama dalam kalangan masyarakat.


Karangan : Peranan remaja dalam menjayakan Gagasan 1 Malaysia.

  Gagasan 1 Malaysia telah diperkenalkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita iaitu Dato’ Seri Najib bin Tun Abdul Razak untuk mencapai perpaduan dan toleransi dalam kalangan rakyat Malaysia. Bagi merealisasikan gagasan ini, peranan golongan pelajar amat penting kerana golongan inilah yang bakal meneraju Negara Malaysia pada masa akan datang.


   Untuk merealisasikan gagasan 1 Malaysia golongan remaja perlu melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan. Dengan menguasai ilmu pengetahuan baharu golongan remaja akan mempunyai sifat berdaya saing, berfikiran kreatif dan inovatif serta dapat menyelesaikan sesuatu perkara dengan baik selaras dengan perkembangan zaman. Penguasan ilmu pengetahuan bertujuan untuk membolehkan remaja menjadi insan cemerlang dari pelbagai aspek terutamanya dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

  Selain itu, remaja juga perlu mengamalkan semangat perpaduan, bantu membantu dan perasaan hormat-menghormati antara satu sama lain. Sikap-sikap ini dapat menjadikan remaja Malaysia bersatu padu dalam mengekalkan keharmonian negara dalam menyokong gagasan 1 Malaysia. Golongan remaja juga perlu bersikap toleransi dan memahami budaya dan agama masyarakat lain di negara ini. Sikap toleransi ini membolehkan remaja bergerak seiring dengan perkembangan zaman untuk membangunkan negara bagi mencapai status negara maju menjelang tahun 2020.

  Di samping itu, remaja haruslah memantapkan sahsiah diri agar menjadi insan yang berguna untuk keluarga, masyarakat dan negara dengan mengamalkan budaya sopan santun dalam kehidupan seharian mereka. Remaja  juga perlu melengkapkan diri dengan ajaran agama dan pendidikan moral bagi mengelakkan remaja dari terlibat dalam gejala-gejala negatif dan masalah sosial yang boleh memudaratkan kehidupan remaja pada masa hadapan. Remaja perlu mempunyai jati diri yang kuat bagi menangkis segala gejala negatif di sekeliling mereka.

  Seterusnya, golongan remaja perlu menghayati dan mengamalkan rukun negara. Aspek rukun negara bukan hanya menjadi sebutan atau meniti dibibir sahaja tetapi perlu dihayati dan diamalkan agar menjadi warganegara yang berintegriti dan mempunyai semangat patriotik yang tinggi. Remaja perlu berusaha dalam membentuk diri menjadi modal insan yang cemerlang agar disanjung oleh masyarakat. Golongan remaja juga perlu berusaha mempersiapkan diri untuk memacu negara ke arah wawasan 2020.

  Akhir sekali , golongan remaja perlu memerah otak dan keringat agar dapat memberikan idea, buah fikiran dan juga pandangan untuk menyatupadukan masyarakat di Malaysia. Hal ini kerana, 70 peratus daripada masyarakat Malaysia terdiri daripada golongan remaja. Golongan ini perlu berfikiran kreatif dan inovatif bagi menjulang nama negara dalam apa-apa bidang sekalipun dan dapat berbakti kepada diri, keluarga, negara dan juga agama. Pepatah menyatakan "di mana ada kemahuan, di situ ada jalan". 


  Kesimpulannya, remaja merupakan aset negara yang paling bernilai dan menjadi tunggak utama dalam menjayakan konsep gagasan 1 Malaysia. Tetapi dalam mencapai matlamat tersebut, semua pihak perlu berkerjasama dalam menjayakan konsep gagasan 1 Malaysia. Usaha yang berterusan  oleh semua pihak akan menjadikan remaja hari ini sebagai pemimpin yang berkaliber pada masa hadapan
.

Jadual SPM & PMR 2012 Sebenar

Bagi calon SPM tahun 2012 , jadual Peperiksaan SPM & PMR 2012 sebenar telah dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia ( KPM )
Peperiksaan bermula pada 5 November 2012 hingga 6 Disember 2012 .

Untuk download sila klink link di bawah :

Jadual SPM 2012 Sebenar

Jadual PMR 2012 Sebenar